"Ekaristi Teras Kita Membudayakan Penyembahan, Pembentukan Iman Dan Tanggungjawab Sosial" Taman Retreat Tasik Mengitom atau lebih dikenali dikalangan penduduk sekitar Zon Liau yang dirangkumi oleh Paroki Keningau sebagai TRTM , wujud atas pebincangan sesama umat di sekitar Zon Liau ini sendiri. Dahulunya tasik ini dibuat oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh En.Lim . Tasik ini dibuat bagi membekalkan air yang cukup untuk kolam - kolam beliau yang banyak (lebih daripada 10 buah kolam) dengan keluasan puratanya 25'x50'. Tasik ini telah dikorek dengan kedalaman lebih kurang 40 kaki namun kini dianggarkan hanya lebih kurang 30 kaki lagi kerana proses alam semulajadi. Pada dahulunya, En.Lim telah menyewakan tanah daripada Keluarga En.Bondiong sejak daripada Tahun 1980 dan tamat pada Tahun 1990. Sejak dari tahun peninggalan beliau, tasik ( luar daripada sewaan beliau dan ia termasuk dalam gejet Jabatan Ukur sebagai kawasan Rezab Bambu Mengitom ) tersebut telah terbiar. ...
Blog ini adalah ruangan perkongsian iman Kekristianan untuk bacaan dan tatapan bersama. Kebanyakan gambar adalah gambar yang admin sendiri ambil di tempatnya sementara renungan - renungan ataupun perkongsian adalah di ambil dari alkitab dan juga bacaan harian yang dikongsikan oleh rakan - rakan seiman. Komen membina adalah amat di alu-alukan demi kebaikan bersama.