Skip to main content

Posts

Showing posts from 2007

Kidung Agung, Sebuah Teologi Tentang Cinta

Cinta, salah satu hal yang tidak pernah lepas dari kehidupan manusia. Mencintai dan Dicintai adalah sebuah keperluan. Dan Kidung Agung merupakan kitab yang menjelaskan tentang Makna Cinta yang sesungguhnya, meski terkadang kita menjadi rimas jika membacanya. Tidak mengherankan jika kitab ini menjadi kitab yang jarang tersentuh dalam khutbah umum, padahal kitab ini sangat dramatis bercerita tentang cinta dan seks, yang merupakan kenyataan hidup yang tidak boleh kita hindari, dan bahkan merupakan anugerah Allah yang dimaksudkan untuk kita nikmati. Seksualitas merupakan bahagian dari penciptaan Tuhan pada mulanya, tetapi bukan bahagian dari kejatuhan manusia. Hubungan seks yang amat akrab antara sepasang kekasih mencerminkan hubungan dalam lingkungan yang lebih tinggi, yaitu hubungan yang berkaitan dengan diri Allah dan ciptaanNya. Kekuatan Cinta tidak diragukan lagi, dimana kekuatannya diibaratkan seperti nyala api TUHAN (Kid 8:6c-7a) , Cinta bertujuan untuk menyatukan seseorang denga...

Album Umat Chapel St. Fabianus, Kg. TBBR, K'gau

Shallom!! Semoga semuanya sihat hendaknya. Semoga selalu dekat denganNya. Dan semoga selalu mesra berada disampingNya. Sepertinya sudah lama saya tidak update blog ini. Mungkin kerana saya sibuk dengan kerja seharian saya sendiri. Walau bagaimanapun, akhirnya 'ada' juga masa saya untuk kirimkan sesuatu sebagai tatapan kita semua di sini. Dibawah ini merupakan gambar 2 yang saya ambil ketika saya balik kampung beberapa hari atau minggu yang lalu. Jom, kita tengok bersama! Gereja St. Fabianus, Kg. Tonobon Baru, Keningau. Ruang Dalam Chapel St. Fabianus, Kg Tonobon Baru, Keningau Mini Dewan Chapel St. Fabianus, Kg. Tonobon Baru, Keningau Kelihatan di atas merupakan para umat St. Fabianus yang baru sahaja melibatkan diri dalam Ibadat Sabda yang dipimpin oleh Pemimpin Ibadat Sabda @ Katekis iaitu Katekis Alfread Ansus Gumpok. Generasi Muda Umat Chapel St. Fabianus, TBBR Habis jak sembahyang atau ibadat sabda..nah, disinilah diurang pergi membeli keperluan perut yang sedang berbunyi!...

The Latest Picture

23 Mei 2007. Pada tarikh ini, gambar TRTM ini telah diambil dari udara dengan khidmat Sykt Penerbangan Sabah Air Sdn Bhd. Cantik kan tempat ini? Cuba lihat yang di bawah ini.. Sungai Mengitom kelihatan jernih dan sejuk. Nak rasa kesejukannya? Datang ke sana... Sungai Mengitom ini merupakan sungai yang akan dilalui sebelum sampai di tasik tersebut. Gambar di bawah ini pula merupakan gambar pohon kayu disekitar tasik ini. Antara pohon bambu yang terdapat disekitar kawasan tasik. . Sekian sahaja buat kali ini. Kita akan bertemu di lain masa dengan gambar terbaru serta cerita baru dari AJK Publisiti TRTM, Zon Liau Keuskupan Keningau. "Ekaristi Teras Kita Membudayakan Penyembahan, Pembentukan Iman Dan Tanggungjawab Sosial"

Taman Retreat Tasik Mengitom

"Ekaristi Teras Kita Membudayakan Penyembahan, Pembentukan Iman Dan Tanggungjawab Sosial" Taman Retreat Tasik Mengitom atau lebih dikenali dikalangan penduduk sekitar Zon Liau yang dirangkumi oleh Paroki Keningau sebagai TRTM , wujud atas pebincangan sesama umat di sekitar Zon Liau ini sendiri. Dahulunya tasik ini dibuat oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh En.Lim . Tasik ini dibuat bagi membekalkan air yang cukup untuk kolam - kolam beliau yang banyak (lebih daripada 10 buah kolam) dengan keluasan puratanya 25'x50'. Tasik ini telah dikorek dengan kedalaman lebih kurang 40 kaki namun kini dianggarkan hanya lebih kurang 30 kaki lagi kerana proses alam semulajadi. Pada dahulunya, En.Lim telah menyewakan tanah daripada Keluarga En.Bondiong sejak daripada Tahun 1980 dan tamat pada Tahun 1990. Sejak dari tahun peninggalan beliau, tasik ( luar daripada sewaan beliau dan ia termasuk dalam gejet Jabatan Ukur sebagai kawasan Rezab Bambu Mengitom ) tersebut telah terbiar. ...